Tamat Diploma PJJ UM


Setelah berpenat lelah mengharungi 2 tahun tanpa hari minggu, kami berjaya menamatkan pengajian diploma eksekutif perakaunan di Universiti Malaya. Mental dan Fizikal kena 100% bersedia kalau ada yang menanam hasrat untuk menyambung pengajian secara mod Pengajian Jarak Jauh. Sabtu dan Ahad dah ke kelas dan kalau yang bekerja 8-5 tu memang setiap hari lah kena bangun pagi. Kerja 'assignment'  pula memang membawa ke hari bekerja untuk siapakan. Bab ni memang aku salute habis kakak-kakak yang belajar sekali dengan aku dan ada anak kecik yang dijaga. 

Suka duka pengalaman ni memang sangat berharga dan bernilai untuk dicerita ke anak cucu. Hahaha.

Comments

Post a Comment

Popular Posts