Melawat kawan di Phnom Penh, Cambodia


Genap setahun aku bekerja di sektor kerajaan, aku sambut dengan melawat kawan di Phnom Penh, Cambodia. Trip ni lebih pada balik kampung yang lama ditinggal, kerana kawasan yang serba usang. Sahabat yang menetap di sana bekerja di Pejabat Kedutaan Malaysia di Norodom menjemput di airport dan terus membawa ke hotel. Perjalanan ke hotel, teringat Malaysia yang jauh lebih maju. Suasana trafik disini jauh bezanya daripada Malaysia, hanya yang 'hati kering' boleh memandu disana. Jalan dua lorong boleh jadi lima lorong dengan arus tidak mengikut peraturan jalan raya. Selesai check-in kami terus dibawa ke restoran malay cuisine, D Gulai yang dimiliki oleh sahabat kami. 

D' Gulai

Makanan tradisional melayu semuanya ada di hidang disini dan restoran ni menjadi ikon Malaysia di bumi asing. Thumbs up Bro Allan. Keesokan pagi setelah melawat kawan-kawan di pejabat kedutaan kami pergi ke pasar Khmer (Central Market). Pasar ini memang mempunyai tarikan pelancong yang luar biasa. Kebudayaan masyarakat khmer jelas ditunjukkan pada ukiran pasar ini dan orang-orang nya yang ramah membawa suasana yang tidak dapat diungkap. Semua barang ada di jual di sini dari bahan mentah hingga ke barang mewah seperti handbag.


Kita sambung part dua ...


Comments

Popular Posts