Apa itu intermittent fasting?

Entry kali ni kita cerita mengenai kesihatan. Badan kita ni terdiri daripada pelbagai jenis enzhyme, hormon dan pelbagai lagi untuk berfungsi. Sistem penghadaman akan bekerja 24jam sehari untuk mengurai semua makanan kita menjadi macro dan micro yang diperlukan oleh badan seharian. Ianya menggunakan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Cara terbaik untuk merehatkan dan memaksima sistem penghadaman adalah dengan berpuasa. Islam mengajar kita untuk berpuasa sejak dari dulu lagi dan 'science' membuktikan kebaikan berpuasa dengan disokong oleh 'ton of research'.

Terdapat pelbagai kaedah untuk 'intermittent fasting'. Antara yang paling popular adalah 16-8. Apa maksud ye tu, ha maknanya kita berpuasa 16 jam dan 8 jam selebihnya adalah masa makan. Pada period makan 8 jam tuh kita boleh la makan kalori yang diperlukan oleh badan kita. Bab kalori ni korang boleh ikut blog-blog kesihatan seperti blog ni. 16 jam masa kita berpuasa tu, badan akan mengeluarkan pelbagai enzhyme untuk menghadam makanan yang kita makan. Tambahan lagi, Human Growth Hormone (HGH) akan meningkat sebanyak 2000 peratus semasa kita berpuasa. HGH ni sangat la penting untuk membantu badan kita awet muda.

ikhsan Google : Dr Berg



Kaedah lain adalah 20-4, 20 jam berpuasa dan 4 jam makan. Kaedah ni sedikit hardcore dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi.

Comments

Popular Posts