Setiakawan, ride Bukit Fraser part 2

Semangat setiakawan masa ride nih memang jelas. Keakraban rider memang tidak dinafikan. Berbalik pada cerita sehari sebelum ride, aku yang masih belajar PJJ di UiTM terpaksa skip kelas hari sabtu tu dan ada pulak 'assignment' last minit kena hantar. Nasib baik ada kawan baik kenal dari zaman diploma dan kami deal sambung belajar sekali kat UiTM, dia yang tolong siapkan assignment dan hantar pada pensyarah. Punya la nak ride sampai tinggal kelas. Terima Kasih Bro Kuzii (jasamu dikenang). 

Bukit Fraser

Masa balik, semasa turun bukit fraser ni. Kami fikir macamana nak buat balik motor rosak (yg terlibat kemalangan tadi). Fikir punya fikir, tetiba lalu lori ayam. Aku tahan lori ayam tu dan minta tolong bawak turun motor tu sampai ke balai polis di kuala kubu baru. Pakcik bawak lori ni setuju nak bawak turun, dan kami saling tolong menolong angkat motor ke atas lori. Fuh memang 'adventure' trip kali ni siap ada lori ayam sebagai watak extra. 

Kuala kubu baru (ada pulak macha tu)


Comments

Popular Posts