Ride ke Bukit Fraser

Hi kita jumpa lagi di sini, harini aku share pengalaman sadis ride ke Bukit Fraser. Hahaha pengalaman yang takkan dilupakan sebenarnya. Ride ni dengan kawan-kawan satu tempat kerja, memang heaven sebab semua rider kenal. Cuaca pagi sabtu yang indah, kami berkumpul di Putrajaya dan tepat pukul 8pagi tayar pun bergolek.



Pelbagai rintangan dan halangan kami hadapi masa ride, betul Lah otai-otai cakap ride ni memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Konvoi terhenti apabila ada yang sesat jalan, ada yang motor rosak dan part paling sadis adalah seorang rider terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah rider cedera ringan dan kami terus ride ke atas. Motor yang pecah tersadai di tepi bukit dan plan masa balik baru fikir macamana nak bawa balik.


Degil mamat ni, layan corner sangat kan dah mendapat. Masa di atas kami sempat makan, solat, menagambil gambar dan mandi air terjun. Fuh air terjun bukit fraser ni memang sejuk, maklumlah atas bukit kan dan udara nya nyaman. Air terjun bukit fraser ni jauh kedalam sikit tapi berbaloi-baloi.


Lepas ja mandi perut pun dah berbunyi, kami terus p makan kat kedai makcik tu. Makanan pun boleh tahan. 

Comments

Popular Posts