Hari jadi di Phuket

Phuket, Thailand adalah sebuah pulau terkenal dengan kecantikan panorama. Ianya terletak di sebelah selatan Thailand kira-kira 12 jam perjalanan darat dari Bangkok. Penduduk Thailand yang ramah serta baik hati menambah lagi suasana meriah di Phuket.



2014 tahun bermakna aku bekerja di syarikat swasta apabila bos belanja trip ke phuket, yang paling best sebab buat kali pertama sambut ulang tahun kelahiran di oversea. Jom aku share pengalaman lebih kurang dua minggu di Phuket, Thailand. Hari pertama sampai menaiki pesawat Airbus A320 milik AirAsia pada pukul 11pagi. Kami terus ke Patong untuk mencari hotel, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Hotel kami betul-betul di tengah bandar kira-kira 10 minit dari pantai patong. Pantai patong ni cantik tetapi tidak sesuai untuk mandi-manda. 


Part menarik, adalah menyewa bot untuk meninjau pulau-pulau kecil di sekitar Phuket. Kami sewa bot selama satu hari dan pergi melawat enam buah pulau kecil seperti Pulau Phi-Phi, Pulau James Bond, Teluk Phang Nga, Ko Tapu dan banyak lagi, lupa dah. Kos termasuk makan tengah hari di pulau lebih kurang RM300 seorang. Memang berbaloi.


Gambar atas ni masa 'dance competition' yang aku masuk dan menang no 2, spontan ja syarat dia janji ada crowd yang support. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Phuket. Antara yang mesti di lawati adalah Muay Thai Fight di stadium. Muay Thai adalah satu sukan yang di pandang tinggi oleh masyarakat Thailand. 


Banyak lagi aktiviti antaranya melawat Phuket museum, Santuari Gajah, Wat Chalong (beribadat), Bangla Road, Khao Sok (National Park). 

Nantikan Part 2...


Comments

Popular Posts